klik la iklan iklan yang menarik ni :)

Followers

Monday, October 24, 2011

assalamualaikum..

rasenye cik nak berkongsi sikit tentang erti keikhlasan..:)
cik bace dari kat google dan cik memang nak share kat semua pasal keikhlasan ni..
yela..kadang kadang mulut kite berkate ikhlas..tapi hati kite..hanya ALLAH saja yang tahu..
same macam cik dan mereka yang lain..xsemua benda cik boleh ikhlaskan dengan mudah..tapi,,cik kena belajar mengikhlaskan..dalam hati selalu kena tanam perasaan ni..so,,cik share k ape maksud ikhlas :)




ape itu ikhlas??

*Ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau tujuan-tujuan lain yang bukan kerana Allah SWT.

firman ALLAH SWT yang dipetik dari [Surah Al-Kahfi: 110]

 *“Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhan-Nya maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Rasulullah SAW juga bersabda 

*“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepada-Nya, dan ditujukan hanya untuk-Nya.”

kenape ikhlas tu penting ekkk??
* keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap amal. Hal ini kerana, keikhlasan merupakan garis pemisah sama ada amalan atau kerja-kerja itu diterima atau ditolak oleh Allah SWT. Kerja yang baik mempunyai dua rukun iaitu; pertama, Ikhlas dan betul niat, serta kedua, bertepatan dengan sunnah dan syarak.

firman ALLAH SWT yang dipetik dari [Surah Al-Furqan: 23]
**“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan”**


macamane nak dapat keikhlasan ekk??(adoooiii)

[1] Menumpukan perhatian hanya kepada ‘pandangan’ Al-Khaliq, bukan pandangan makhluk. Al-Fudhail bin Iyadh berkata;
“Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riak, sedangkan ikhlas adalah jika engkau bebas daripada keduanya.”

[2] Tidak menghitung-hitung pahala amalnya. Orang mukhlis (yang ikhlas) tidak merasa aman terhadap amalnya kerana dia bimbang amalnya tidak diterima Allah SWT.

[3] Orang mukhlis melihat amal yang dilakukannya itu adalah dengan taufiq daripada Allah SWT. Oleh itu, tidak layak baginya menuntut ganjaran daripada amalnya. Malah, dia melihat pahala merupakan kebaikan daripada Allah SWT atas dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW;

“Sekali-kali amal salah seorang daripada kamu tidak akan mempu memasukkannya ke dalam syurga.” Mereka bertanya, “Begitu juga amalan kamu wahai Rasulullah?” jawab baginda,”Ya, begitu juga aku, kecuali Allah melimpahkan Rahmat-Nya kepadaku.”
[Muttafaq Alaihi]






kenape mesti kena ikhlas ekkk??ape yang kite dapat??
 
[1] Ketenangan jiwa.
Ikhlas memberi ketenangan jiwa dan kedamaian hati kepada pelakunya, sehingga lapang dada dan terang hatinya. Hatinya hanya fokus kepada satu tujuan, iaitu keredhaan Allah SWT.

[2] Kekuatan rohani.
Ikhlas memberi kekuatan rohani kepada orang mukhlis kerana keunggulan tujuan ikhlas di dalam dirinya dan kehendaknya yang menyatu iaitu keredhaan Allah SWT. Sebaliknya, orang yang gila harta, kedudukan, kehormatan atau gelaran adalah amat lemah, kerana takut kehilangan keuntungan yang diharapkannya. Sedangkan orang yang menjual dunia kerana Allah, dia akan memperoleh kekuatan.

[3] Kerja berkesinambungan.
Ikhlas melahirkan individu yang bekerja secara berterusan. Orang yang bekerja kerana Allah tidak akan memutuskan kerjanya, tidak berundur dan tidak merasa malas. Hal ini kerana asas kerja mereka tidak akan luput. Firman Allah SWT;

“Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
[Surah Al-Qasyasy: 88]


so???

*kesimpulan, Allah tidak menerima amal yang tiada keikhlasan. Allah redha amalan yang baik jika disertai keikhlasan, terlepas daripada syirik, samada kecil atau besar, samada kelihatan atau tersembunyi. Keikhlasan tidak akan sempurna kecuali dengan niat yang tulus, semata-mata kerana Allah, yang terlepas daripada kecenderungan individu atau duniawi.

p/s : 

*jangan skip lah..bace sampai abis..penat cik copy ni..hehehe
*penting lah keikhlasan jangan di mulut sahaja..bile kite ikhlas semua akan tersenyum..termasuk hati kite..
*jangan biarkan kisah cinte kite buatkan kite marah kat semua..patutnye kite cermin diri kite dulu..siapelah kite nak menyalah kan orang lain di atas kecewa yang kite rase..kite hanya manusia biase..selalu kita ckp "ALLAH akan balas" tapi, tak macam ape yang di cakap kan kerane diri sendiri yang membalas sekaligus membuat fitnah..jadi,,jagelah diri anda semua :)

percayalah..keikhlasan tanpa dendam adelah nikmat kehidupan kite dunia dan i'ALLAH diakhirat..memaafkan seseorang juga adalah hal yang terindah..siapalah kita yang ingin menghukum seseorang..sedangkan ALLAH sanggup memaafkan umatnya..lagi kejam umatnNYA,tapi DIA tetap memaafkan..salam semua..maaf jika ada hati yang tersinggung :)
wassalam...

No comments:

Post a Comment